Set Bersalin Terbaik: Tropical Herbs



set bersalin tropical herbs

Set Bersalin Herba Tradisional Lengkap Untuk 44 Hari Berpantang

BENGKUNG kain diberi PERCUMA!



Set ini mengandungi 10 produk campuran herba dan bengkung kain yang dirumus khas untuk menguat dan mengukuhkan tubuh dan mempercepatkan proses penyembuhan bagi ibu-ibu yang baru bersalin.


Kandungan Dalam 1 Set Bersalin Tropical Herbs


Produk untuk Dimakan:
1. Teh Herba - 10 uncang
2. Jamu Lepas Bersalin 1 - 60 kapsul
3. Jamu Lepas Bersalin 2 - 80 kapsul

Produk-produk untuk Kegunaan Luaran:
4. Herba Pembersih Wanita - 20 uncang
5. Herba Mandian - 20 uncang
6. Campuran Peramping Perut (Tapel) - 20 paket
7. Campuran Penghangat Badan (Param) - 15 paket
8. Campuran Penenang (Pilis) - 15 paket
9. Minyak Urut Herba - 60 ml
10. Minyak Bayi - 60 ml

Item Sokongan / Bonus:
11. Bengkung kain diberi PERCUMA
12. Buku panduan pengunaan lengkap



Khasiat & Manfaat Produk Set Bersalin Tropical Herbs


1. Teh Herba - membersih sistem peredaran badan
  • Kandungan: 10 uncang teh
  • Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru bersalin.
  • Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
  • Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
  • Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.
  • Cara Pengunaan: Boleh diambil mulai hari ke-5 hingga ke-10 selepas bersalin. Minum dua kali sehari selepas/semasa makan selama 5 hari. Bancuh satu uncang dalam air panas selama 5 minit. Minum sementara teh masih hangat. Boleh campur dengan satu sudu kecil Madu Manuka.

2&3 Jamu Lepas Bersalin 1 & Jamu Lepas Bersalin 2
Jamu Lepas Bersalin 1
  • Kandungan: 60 kapsul
  • Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.
  • Cara Pengunaan: Boleh diambil selama 15 hari bermula dari hari ke-10 , sebaik sahaja selepas menghabiskan Teh Herba. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil di waktu pagi dan malam.
Jamu Lepas Bersalin 2
  • Kandungan: 60 kapsul
  • Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
  • Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
  • Herba-herba mempunyai kesan melancarkan pembuangan najis, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
  • Merangsang rembesan susu.
  • Cara Pengunaan: Untuk dimakan selama 20 hari, bermula pada hari ke-25 selepas melahirkan, sebaik sahaja menghabiskan Jamu Lepas Bersalin 1. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil pada waktu pagi dan malam.

4.  Herba Pembersih Wanita - penjagaan & rawatan vagina wanita
  • Kandungan: 20 uncang
  • Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan
  • Herba Pembersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina.
  • Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang).
  • Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Cara Pengunaan: Guna produk pada hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Guna Herba Pembersih Wanita ini dua kali sehari.


5. Herba Mandian - memberi kesegaran, kecergasan & tenaga
  • Kandungan: 20 uncang
  • Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.
  • Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
  • Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
  • Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.
  • Cara Pengunaan: Boleh diguna dari hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.
  • Cara menyedia air mandian
    • Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
    • Tuang ekstrak ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
    • Guna sebagai air mandian.

6&9 Campuran Peramping Perut & Minyak Urut Herba
Campuran Peramping Perut (Tapel)
  • Kandungan: 20 paket
  • Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen.
  • Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
  • Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
  • Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.
  • Cara Pengunaan: Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Untuk hasil yang lebih berkesan, guna bengkung. Seeloknya guna selepas mandi dan berurut.
  • AWAS: Jangan guna jika bayi dilahirkan melalui pembedahan. Hanya guna selepas 30 hari bersalin.
  • Cara penyediaan:
    • Masukkan 4 sudu kecil air panas ke dalam satu paket serbuk dan campurkan agar menjadi pes.
    • Sapu pes dengan sekata pada kawasan perut dan tutup dengan kain nipis.
    • Guna bengkung untuk hasil yang lebih baik.
    • Bersihkan pes selepas membuka bengkung.
Minyak Urut Herba
  • Kandungan: 1 botol 60ml
  • Menyingkirkan angin dan merehatkan badan
  • Untuk membantu ibu baru merehatkan diri, meningkatkan peredaran darah dan membuang angin.
  • Pengurutan adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk ibu baru. Ia dilakukan untuk menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri.
  • Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.
  • Cara Pengunaan: Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin. Guna dua kali sehari, seeloknya selepas mandi. Tuang minyak ke tapak tangan dan gosokkan untuk memanaskan minyak sebelum diurut pada badan.

7. Campuran Penghangat Badan (Param) - menghangatkan badan, tangan & kaki
  • Kandungan: 15 paket
  • Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke kulit.
  • Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti ruam. Juga diguna untuk melegakan gatal-gatal. 
  • Cara Pengunaan: Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Guna selepas berurut dan membengkung bahagian perut. Jika tidak berurut atau mengguna bengkung, ia boleh diguna bila-bila masa.
  • Cara penyediaan:
    • Masukkan 4 sudu besar air panas ke dalam satu paket serbuk dan campur agar menjadi pes.
    • Sapu ke seluruh badan kecuali muka, perut dan kawasan vagina.
    • Biar kering atau seeloknya selama dua hingga tiga jam sebelum membersihkannya.

8. Campuran Penenang (Pilis) - menenang & menyamankan dahi
  • Kandungan: 15 paket
  • Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenang pada dahi.
  • Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.
  • Cara Pengunaan: Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Tampal pada dahi, elakkan kawasan mata.
  • Cara penyediaan:
    • Masukkan satu sudu kecil air panas ke dalam satu paket serbuk dan campurkannya menjadi pes yang pekat.
    • Sapu pada dahi.
    • Biarkannya sehingga kering atau seeloknya satu jam sebelum mencucinya.

10. Minyak Bayi - melegakan angin & kembung pada bayi
  • Kandungan: 1 botol 60ml
  • Rumusan semula jadi mengguna minyak yang telah dibuktikan berkesan melegakan bayi daripada angin dan kembung.
  • Tidak mengandungi mentol dan metal salisilat, dan selamat diguna pada bayi.
  • Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
  • Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
  • Menyamankan kulit bayi.
  • Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.
  • Cara Pengunaan: Boleh diguna mulai hari ke-7 untuk bayi. Tuang minyak pada tapak tangan dan gosokkan kedua-duanya untuk memanaskan minyak sebelum mengurut perlahan-lahan pada perut bayi. Sapu setiap pagi dan malam selepas mandi.
  • AWAS: Elakkan minyak daripada terkena mata dan bahagian sulit bayi.

11. Bengkung Kain - sokongan dalaman & penjagaan bentuk badan ideal
  • Bengkung Lepas Bersalin ini apabila diguna dengan Campuran Peramping Perut Tropical Herbs akan meningkatkan tindakan herba ini untuk:
    • Menyembuh dan memejalkan otot dan tisu abdomen.
    • Memejalkan kulit yang teregang di bahagian dada
    • Mendapatkan semula bentuk badan anda.
  • Cara menggunakan bengkung lepas bersalin bersama Campuran Peramping Perut:


7 Sebab Kenapa Anda Harus Pilih Set Bersalin Lengkap Tropical Herbs



1. Lengkap, Mudah & Cepat! 
Semua herba sudah disukat dan dibungkus dalam sachet.

Anda tak perlu lagi susah payah sukat atau cari bahan mentah untuh berpantang.

Cuma tuang air dan guna sahaja. Jadi banyak masa anda boleh gunakan untuk berehat dan bersama bayi baru.


2. Terbukti Berkesan
Ramuan herba turun temurun ini telah digunakan sejak begitu lama.

Ia terbukti dan sudah dipercayai berkesan dalam menjaga ibu selepas bersalin untuk mendapatkan kekuatan dan kesegaran badan seperti sedia ada.


3. Herba & Bahan Berkualiti Tinggi
Proses pembuatan dan sukatan ramuan telah di standard kan untuk memastikan anda mendapat kualiti herba yang terbaik.

Ramuan disediakan dengan kawalan mutu yang sangat tinggi.


4. Tanpa Bahan Pewarna, Perasa Tiruan atau Pengawet! 
Semua disediakan segar dan tanpa bahan terlarang.

Sangat sesuai untuk anda yang mementingkan kesihatan dan kebersihan dari bahan bahan terlarang. 


5. Kapsul Dari Sumber Tumbuhan
Kapsul yang diguanakan dalam jamu 1 & 2 adalah berasaskan tumbuhan.

Sesuai untuk anda yang megamalkan pemakanan vegetarian atau and yang mementing produk bebas dari sumber haiwan.


6. Kilang & Alatan Berstatus GMP
Bukan dibuat dirumah atau didalam stor. Set Bersalin Tropical Herbs disediakan dalam fasiliti bersih dan memenuhi piawaian GMP (Good Manufacturing Practice).

Pengilang juga bengalaman bertahun-tahun dalam pengeluaran produk tradisional yang berasaskan herba, syarikat telah memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan/ Drug Control Authority (BPFK/DCA)


7. Dipercayai & Harga Berpatutan
Set Bersalin Tropical Herbs sudah lama berada dalam pasaran dan telah digunakan oleh pelanggan dari semua bangsa Melayu, Cina, India dan lain lain di Malaysia.

Ia bukan jenama baru, ia jenama evergreen, ia terbukti berkualiti dengan harga yang berpatutuan.


Soalan Lazim


Apakah jenis minyak yang digunakan dalam minyak urut?

Semua minyak yang diguna adalah berasaskan tumbuhan. Pewangi tiruan tidak digunakan dalam perumusannya.


Berapa hari set bersalin Tropical Herbs ini digunakan? 

Mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam buku panduan, anda seharusnya melalui proses berpantang dengan set ini selama 44 hari.


Siapa harus menggunakan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs?

Ia dihasilkan untuk ibu-ibu baru yang ingin:
  • Menguatkan, memejal dan meramping badan apabila mereka sembuh selepas bersalin.
  • Untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Penyelesaian penjagaan selepas bersalin yang lengkap dan menyenangkan serta mudah digunakan.
  • Menggunakan penyelesaian herba yang menggunakan herba-herba yang distandardkan terbukti kemujaraban dan keberkesanannya.

Bagaimana saya dapat mengetahui penggunaan semua komponen Bersalin Tropical Herbs?

Buku Kecil Arahan Penggunaan yang komprehensif dalam 3 bahasa disertakan dalam setiap set.
  • Ia menerangkan tentang ramuan, faedahnya, kaedah dan tempoh penggunaan setiap produk dengan jelas.
  • Carta Penggunaan juga disertakan supaya anda boleh mengisi tarikh anda bermula dan mengikuti perkembangan bila anda perlu mengguna setiap produk.

Bolehkah saya mengambil semua produk ini jika saya masih menggunakan amalan budaya saya sendiri?

Ya, sudah tentu. Sedikit pengubahsuaian boleh dibuat mengikut yang diingini jika anda memakan jumlah herba penghangat yang banyak dimasak bersama makanan anda.


Adakah perlu menggunakan Bengkung Tropical Herbs?

Ia akan menawarkan hasil yang lebih baik apabila diguna bersama Campuran Peramping Perut. Ia akan membantu dalam
  • Penyembuhan dan perampingan otot-otot abdomen.
  • Pemejalan dan perampingan kulit yang teregang antara bahagian dada dan atas peha.
  • Membantu mengembalikan bentuk badan anda.

Bagaimana saya boleh tahu Bengkung Set Lepas Bersalin Tropical Herbs muat untuk saya?


  • Ia direka dengan dua barisan lelubang agar anda boleh memilih menggunakan barisan (A) jika anda lebih besar atau barisan (B) jika anda lebih kurus.
  • Panjang bengkung dan tali pengikat yang mencukupi telah disediakan supaya muat dengan saiz yang agak besar.
  • Bengkung membaluti badan dan boleh diubah dengan mudah.
  • Wanita yang bersaiz lebih kecil boleh memendekkan tali pengikat supaya muat dengan saiz tubuh mereka.

Bolehkah saya mengguna Set Lepas Bersalin Tropical Herbs jika saya melahirkan secara pembedahan?

Ya, anda boleh mengguna seluruh set hanya 1 bulan selepas anda bersalin.


Bolehkah ibu-ibu yang menyusukan bayi menggunakan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs?

Ya, ia selamat untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi. Malah pengambilan herba dalam set ini mampu menambah penghasilan susu ibu.


Berapakah harga set bersalin Tropical Herbs?

Harga mungkin berubah mengikut musim promosi. Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui link ini: https://m.me/InfoBersalin?ref=blog


Bagaimana cara untuk membuat pembelian set bersalin Tropical Herbs?

Anda boleh hubungi kami melalui link ini: https://m.me/InfoBersalin?ref=blog